ni adalah kisah makcik aku yang lucu dan rasanya perkara yang dia buat ni tak penah dibuat orang. Oklah, nak describe sikitlah personaliti makcik aku ni. Dia berbadan besar dan tinggi, rambutnya panjang dan sangat kuat...jgn main2 ooo sama dia. guni, kayu, batu dan macam-macam lagi barang2, kacang jer. dia ni kerjanya menoreh getah (bangun awal pagi, terus ke kebun getah), lepas tu merumput kat kebun lada, lepas tu bersihkan kebun. balik dari kebun around 6.00 (lambat sikit dari org keja gomen) dia terus bersihkan kandang ternakan. Pendeknya dia sangat penatlah tiap2 hari. before 10pm dah tido dah dia ni.
Jeng jeng jeng, cerita dah nak mula dah ni..
di suatu malam yang indah, di belakang bilik makcik aku memang dah lama ada kedai runcit. Di situlah, muda-mudi akan berkumpul, dating dan bermain gitar. So, kalau main gitar around 7 pm, boleh terimalah kan, kasih canlah mereka ni mengasah bakat.. ni dok main lagi jam 12 malam. Main gitar of courselah ada penyanyinya. melalak tak tentu pasal, if sore macam s jibeng ke, faizal tahir, boleh juga buat konsert terus.
Mungkin mula2 tu makcik ni enjoylah... tapi lama2 tu geram jugak. Dek kerana geramlah makcik aku telah keluar dan pergi ke kumpulan tu. Haaaaaaaa... nak tau apa makcik aku buat. Dia telah menari sorang2, mengikut rentak gitar tu. Apalagi, terkejut beruklah budak2 tu, tak semena2 sorang makcik menari2 di depan mereka. Mereka kata"nampaknya mak terry ni memang dah marah sungguh kita bising kat sini". makcik aku masih menari2, sehinggalah budak2 kampung tu bersurai. dan band independent tu bersurailah sebab telah di interfrem oleh makcik aku. So malam tu kiranya makcik aku telah berjaya membawa pembaharuan kt kpg aku, menghalau budak2 lepak.
cerita tak habis lagi, banyak siri lagi..jumpa lagi siri yang lain.
No comments:
Post a Comment