kini, aku sedar betapa orang menangisi pemergian orang di sekelilingnya, tambahan lagi jika mereka adalah insan yang amat disayangi...betapa hancur hati tatkala perginya insan yang disayangi, perginya takkan kembali.
tanggal 3 mei lalu, keluargaku dikejutkan dengan berita kematian pakcik, suami kepada auntie (adik mak aku). Berita itu begitu meruntun jiwaku. dengan perut auntieku yg tgh memboyot, anak-anak yang masih kecil, aku tak dapat bayangkan bagaimana penerimaan mereka. saat dan tika itu, aku berada di melaka. tersentak dengan berita tersebut, aku hanya terdiam. dalam beberapa minit, sepupuku menelefon dalam esak tangis. aku kalah jua, dan kami sama-sama menangis dalam telefon. aku pasti bahawa tangisanku ini adalah begitu sayunya mengenangkan hidup auntie ku kelak. anak-anak masih kecil, sarat mengandung dan dia sendiri tidak bekerja. namun aku pasrah bahawa ini adalah ketentuan Tuhan.
belum genap sebulan, 28 Mei lalu, kami dikejutkan lagi dengan kematian saudara dua pupuku. Pemergiannya betul-betul telah membuatkan hatiku begitu sebak. Aku menangis semahu-mahunya. Petang itu, sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya, aku dan parentsku sempat melawat beliau yang koma di hospital Kuala Lumpur. aku membelikannya patung Mr Bean tu dan menurut maknya (makcik aku), beliau amat sukakan kartun itu. Balik dari hospital, aku begitu berdebar-debar setiap kali menerima panggilan telepon. aku berdoa biarlah ada keajaiban dan berita yang menggembirakan dari makcik aku. Namun, Tuhan Maha Kuasa, tiada siapa mampu menahan kuasanya itu. Jam 12 tengah malam, saudara dua pupuku telah meninggalkan kami selama-lamanya. aku menangis lagi dan sehingga kini, aku tak mampu bercakap dengan makcikku. Itulah satu-satunya anak makcikku dan aku tak sanggup mendengar suaranya yang begitu menyentuh hati ku ini.. semoga makcikku bersabar........
No comments:
Post a Comment