Sunday, August 10, 2008

friends@kawan2@dingan

friends@kawan2@dingan....hmmm..kita semua ada kawan dan merekalah yang paling rapat dgn kita selain keluarga kita. in bidayuh, friends called dingan and it applies to ordinary, good, best or special friends.

at least u all belajar bahasa bidayuh, hehehe. my hsemate ong, selain bakok, yoh, idoh, ur bidayuh's words getting more and more.

berbalik pada cerita dingan tadi, aku memang banyak dingan. namun nak fokuslah pada dingan2 yang wujud selepas aku keja. dingan2 sekolah rendah dan menengah maybe next time. memasuki alam pekerjaan memang memberi kehidupan yang sangat berbeza dgn kehidupan masa belajar yang mana segala2nya ditanggung..so of course dingan2 pun macam-macamlah.

ada dingan yang very opportunist, yang mengambil kesempatan pada diri yang lemah ini. namun mengenangkan konsep blog=white, adalah tidak wajar sekiranya mereka ini disebut dan dijadikan bahan cerita.

ada dingan yang sangat baik, bagaikan malaikat dan hati mereka begitu suci. Mudah2an Tuhan berkati mereka dan permudahkan segala urusan mereka. Teringat masa menghadiri satu seminar agama dulu, seorang peserta ditanya bagaimana kehadiran Tuhan dirasai dalam hidup.. peserta ini menjawab, kehadiran dingan semasa senang dan susah diibaratkan sebagai terjemahan Tuhan dalam membantu manusia terutamanya semasa kesusahan. wow.. kalau diteliti maksudnya, ia begitu mendalam. Saat kita berdoa kepada Tuhan untuk mempermudahkan urusan kita, kita telah dibantu oleh dingan sama ada dingan lama atau orang yang baru dikenali.

mengimbau kembali tika pertama kali sampai di kuala lumpur, (kira2 5 tahun lalu) tiada siapa yang sudi untuk menumpangkan aku. Sorang dingan yang baru dikenali telah menawarkan rumahnya untuk aku tinggal sementara aku mencari rumah lain.

Kini, setibanya, aku di Melb, tempat yang begitu asing, aku sekali lagi telah berjumpa dengan insan yang begitu mulia. Kami berkenalan semasa menghadiri kursus di Seremban dan walaupun baru mengenaliku, beliau sanggup membenarkan aku menumpang di rumahnya.

ini hanya satu cebisan daripada kisah dinganku. Dingan yang lain, yang tak dapat disebutkan di sini, aku bersyukur.....bersyukur mengenali engkorang. Kisah suka duka aku memang engkorang ariflah. emosi dan perasaanku pun dah dapat dibaca. aku minta maaf sekiranya pernah menyinggung perasaan engkorang. Yelah, kadang2 adalah perlu untuk berdebat..nak menambah pengetahuan di samping lebih mengenali hati budi masing2.

kepada dingan istimewa, terima kasih atas segalanya. no worries..

2 comments:

a.z.z.a.y.d said...

i hope i'm among the good dingan..:P..

white said...

all of u, are my special dingan..