Friday, February 27, 2009

aku petani..petani moden...

benda yang aku bawa kat belakang ni dipanggil tambuk @ juah. di dalamnya ada jagung. saiz tambuk ni berbeza2.tapi dalam kes ni, aku saja ambik yang kecik, tak tahan beb..berat

di celah2 padi ni, mak aku tanam labu kuning dan labu air. pucuk muda labu ni sedap dimasak tumis air atau rebus jer...

balik kpg dalam tempoh singkat hari tu, sempatlah jenguk huma mak aku..nak kata huma tak juga, adalah kawasan sawah...padinya pun tak lebat, almaklumlah tanah gambut dan agak basah. padi tumbuh dgn malu2, jarang2.so, ambik kesempatan jugalah tolong mak aku, walaupun setakat kutip sayuran yang ditanam di celah2 padi.

dari segi faktanya-dulu aku juga terlibat dalam sesi menanam padi ni, walaupun bukan sepenuhnya. proses menanam padi ni berterusan dari mula membersihkan kawasan sehingga menuai. dalam proses tersebut aku pernah menugal (klu tak tau, cari dalam kamus yer), merumput dan menuai dan menghampas (betul kah tatabahasa ni- ia merujuk kpd perbuatan membuang emping padi yang tiada isi). so aku ni kira petani jugalah kan..walaupun sambilan

dari segi autanya-gambar yang atas sekali tu, ia adalah aku yer..khas buat tatapan sesiapa yg nak tgk muka aku (perasan)..namun...ia bukanlah menunjukkan aku yang berhempas pulas membuat keja kat huma tu. tgk sajalah pakaiannya- jean dan bersepatu cantik..hehehe. gambar ini juga diambil purposely dari sudut sisi utk mengelakkan segala lemak2 terkumpul kelihatan.
enjoy...

4 comments:

Olpicture said...

aku teringat lagi citer rumah kau, yang masuk angin sejuk tu... mesti la rindu bila dok berjauhan nih...

white said...

of course mr gorjes, tapi rumah stail tu dah jarang dah dibina. pondok kat sawah tu ala2 konsep rumah terbuka, no pintu and windows. angin sepoi2 bahasa gitu..sekarang ni duduk dlm rumah pun angin sejuk tembus..asyik gigil jer

rambomadonna said...

Nang sah, aku dapat agak sapa Dayak kupo nok membakar hutan di melbourne polah huma hari ya...

white said...

aku pun sik sangka, rupanya ada org yang telah menjadikan aku dalam komplot membakar hutan yah..maaf..mauk cari kayu api jak bah..pakai manggang..heheheh